Friday, 26 April 2013

sara okay :'(

hai :)
hampa sihat? kami sihat ja. kami lama tak sentuh blog kami nih. haha. lama la sangat kan.
selama aku tak update ni macam macam yang jadi kat aku.
nak story pun bukan ada orang baca kan :p
ada orang nak baca k baca lah. takmau baca pih jauh jauh :p wek

Hari Rabu tuu ada laa nurse mai sekolah. budak sekolah nampak nurse mesti takut kan :p
pastu aku dengan depa 3 orang nih turun makan kat kantin lah, sebab malas naik kelas dah. ada la orang mai habaq kata ada cucuk kancing gigi.
dalam kelas pun sama. 3S kena dah. depa pakat buat sakit tak sangga la kan nak bagi kami takot. haha.
pastu giliran kelas kami pulak aa. sampai sampai jaa bilik tuu semua pakat masuk terus duduk laa. aku la yg first duduk :p
ingatkan cucuk jaa. tapi ada macam2 halangan ah sebelum nak cucuk tuu -,-
kena timbang berat/ketinggian. tekanan darah. periksa mata. tekanan darah aku 120/80 nurse aku suruh jumpak doktor -.- ya allah awat jadi camni hidup aku :'(
tahun nii jumpak doktor saja saja . pening kepala aku. aku yang cari pasai semua nih. ingatkan 2013 nak buat hidup aku gembira tapi :'(

Sunday, 21 April 2013

harini aku taktau apa kena dengan diri aku -,- malam topup takda. pagi tadi nak pergi topup rumah along dia  takda kat rumah sampai malam. petang keluar dengan abah mak pergi pasar malam . suruh mak aku topup dia jawab dia tak larat -.- pastu abah aku pulak , abah aku steady ja haa. dia cari jugak kedai topup tapi takdak :(
aku call aida dia kata dok kat rumah eikah lepak dengan syamir . untungla. nak bawak moto sesorang takut. hahah. kena ada membe belakang. tak la sunyi sangat kan.
budak tu ajak aku text. nak buat cemana. credit takdak sayang oi. huhu.
petang tuu aida misscall aku call balik lah kan. dia kata dia balik dah dari rumah eikah. okay clear -.-
and then call dia ajak teman topup. lepas dia mai tuu mak aku naik angin natang apa tah -.- bising bising depan kawan aku dengan kawan abang aku. pfft. naik malu muka aku. pastu abah aku kata kat mak aku bagi kunci moto. mak aku suruh cari la. haa bukan taktau peragai aku kan. bebai aa.
lama lepas tuu aku bebai sampai naik satu macam kat diri aku nii. taktau pasaipa. hmhm. mybe rindu sangat sangat kot :D
last last dia call. cakap sejam paa dengan dia. tetiba topup masuk. sebab petang tuu aku suruh aida topup. dah dekat pukul 11 baru masuk -.- aiee.
lepas cakap tuu text pulak la kan. dia cakap macam macam kat aku. happy sangat aa :D tak pernah happy macam nii. nanti pi sekolah dok tebayang pulak la mamat tuu. hahah. btw aku sayang dia sangat sangat. aku taknak hilang dia macam dulu dah. sayang kat dia macam sayang keluarga aku. jujur dia tak pernah buat aku sakit hati selama berapa tahun kami kenai nii. aku pulak dengan baran aku kan? haa elok lah. orang tua tua cakap nanti kahwin mesti sorang penyabar sorang cerewet :D haha. kalau kahwin dua dua baran nanti terbang pulak pinggan kat rumah tuu. tapi baran baran aku nii pun sekejap ja :D nanti sejuk balik laa. haha watpa nak merajuk lama lama kan :')  iloveyou

Saturday, 20 April 2013

bosan --

Bosan . yaa saya bosan. and teramat bosan. saya bosan sebab saya takda membe nak sembang sembang -.- pfft merapu dah. credit habis pulak. potong stim betoi. hahaha.  layan lagu hmm bosan jugak. lambat lagi ka nak cerah nii. aku lapar gila gila dah. act, aku tidur petang tadi sampai la pukul 12 malam. haha sumpah tak sedaq langsung. aku pening kepala petang tadi nih. orang text aku pun aku balas tapi mata tak terbukak. haha. pelek kan? haa abaikan. makan malam pun entah kemana. family aku pun tak kejut aku pun :3 takpa takpa kalau depa kacau mesti aku mengamuk sebab aku pantang dikacau ketika tidur. aceh. ayat.
menyesai tidoq tadi. aida text aku ajak keluaq sebab dia ada moto. dia text banyak kali. tapi aku tak terjaga sebab aku silent phone tapi aku buat vibrate. ahhh nyesai oh. ashraf text pun aku tak balas. tengok tengok ada misscall dari dia :p haha satgi kalau dia baca ni mesti terharu sebab aku tulis pasai dia. hahaha :D btw aku tak sabaq tunggu 15.6.2013 jumpak kangaq okay ? haha tak sabaq gila oh :D lambat lagi nak outing memana haa. sebab aku nak tunggu kaki aku lega dulu. kawan kawan abang aku kata kat kaki aku buruk. hahaha. kuwajaa -.-
takpa salah aku jugak haa. 2013 memang tahun orang accident kot. membe membe aku semua accident haha. hari jumaat haritu aku peg sekolah pakai kasut biasa jaa semua pakat tanya aku. pastu mekda kata jalan yang aku accident tuu dua minggu sekali mesti ada orang accident. ada ghost jugak paa :D haha takmau dah pi jalan tuu.
aku kata kat abah aku kata aku menyesai lalu jalan tuu pastu abah aku kata masa nak jadi tak kira tang mana pun. naik moto mana pun kalau nak jadi dia jadi laa.
hmm. alhamdulillah dagu aku nasib baik berjahit kat bawah. takda la nampak parut sangat. boleh cover cover lagi. haha. terharu jugak haritu ramai yang tengok aku accident. mai melawat aku. orang pahang n orang sabah pun call mak aku tanya pasai aku . hahah.
semenjak dua menjak ni aku dok tidur lewat. pukul 6 pagi baru tetidur -.- haa tension gila. sampai naik pening kepala. mata pun dah rabak gilaa dah.
sekarang aku tak aktif sangat dengan dunia facebook ni. twitter jaa yang aku usha :D boring gila fb. harini last cuti haa. isnin dah sekolah. ada kh pulak tuu. dah laa aku tak siap pun kayu kayu tuu :'(

Friday, 19 April 2013

Ayah :')

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


iloveyou Abah :')



Thursday, 18 April 2013

k happy :D

aku nak mulakan hidup baru. aku mampu nak buat macam tu. aku taknak sedih sedih dah. aku taknak kena pemain dah. aku nak jadi orang yang setia bukan playgirl lagi dah :) ya, memanng banyak lelaki dok message aku. tapi aku nak kat dia jaa. selama ni dia message aku buat layan tak layan ja. waktu aku boring baru aku cari dia. baru aku tahu dia penting dalam hidup aku. aku nak ada life yang sempurna :) taknak dah dibuli or apa apa yang menyakitkan hati aku. aku nak enjoy. taknak dah malam malam nangis and siang happy. aku nak malam siang and 24 jam happy selalu. aku taknak dah sakitkan hati orang. aku akan cuba tahan baran aku ni. aku nak jadi seorang yang pemarah kepada penyabar :) aku nak kurangkan rasa cemburu aku ni, sakit sangat bila cemburu. hanya Allah ja yang tahu bila hati ni sakit. now, aku nak happy happy kan diri aku. walaupun aku sedih aku cuba nak happy kan jugak diri aku ni. aku nak cuba sedaya upaya aku takmau menangis dah. insyaallah :') iloveyou A :*

                                                                          Sdealova ;)


                                       * new sara, real face, new attitude :D

Monday, 15 April 2013

tulisan rempit? :D

tengok tajuk atas tuu. Tulisan Rempit? dulu aku selalu tulis macam rempit rempit ni --' sampai kakak aku pun tak faham apa yang aku message kat dia. teruk gila ah aku tulis dulu. haha. bila teringat balik jadi lawak pulak. seriusly, macam kebudak budakan -.-
aku terikut ikut dengan Eika lah waktu tuu. tiru kan? haha. biasa ah tera nak besaq :p
okay . aku tulis macam ni laa dulu :D

tengah buat apa ; tgh buwart apew uhh ?!
hospital : optal
dia nak p mana : dyea nucx pie mnew ?
esok sekolah ka? : ec0k sk0wl kha wey?

haa tengok apa yang aku tulis dulu, haha, mybe ada yang lebih teruk dari ni :D aku taknak orang tanya banyak kali apa yang aku tulis tuu that why aku tulis macam nii. macam karangan kann? haa. dah pukul 3.30 dah tapi still online lagi. takboleh tido :'( hmmm okay lenguh dah jari jari ni. tapi bukan ada orang nak baca pun. happy sorang sorang jaa. haha. kbye goodnight :*



hari boring sedunia

tak best langsung blog niiiii :'( tension aku. nak edit pun tak boleh. kesialan ternampak disitu. hmhm. act,  aku boring gila. nak kuar pun tak boleh. handfone? langsung tak masuk message. meluat dah nak pegang fon. usha twitter takda apa pun. twitter memang bosan k. sombong gila orang kat sana. aku tegur pun layan tak layan ja -,-
fb pulak, takda sapa nak chat. serius boring -.- hmhm. layan lagu ja ha yang mampu pun. sekolah aku tak peg pun 3 minggu dah. hahaha. esok sampai khamis ni cikgu ada buat kem. k clear. haha.  act, aku rindu someone. nama? secret. taknak ah sembang pasal cinta cinta ni. malas. kita story tentang kita dah la. rindu gila kat blog aku satu lagi. penat wey aku pebaik apa yang ada dalam tu. pagi petang malam gak ah aku hadap belog tuu. hmm. happy gila sebab lappy aku dah boleh bukak :D rosak wayar ja nii. nasib baik la paiz pandai bab bab lappy ni. rosak sikit ja pun.
aku teringat pulak waktu aku accident tuu. masa dah sampai rumah waktu nak turun keta tuu kucing aku cepat cepat lari kat aku. dok meow meoww. haha. mybe dia tengok tuan dia sakit kot. haha. lepas lepas tu dia menghilangkan diri. abah aku peg cari dia nampak dia ada kat tandas tapi taknak masuk rumah. kesian dia kurus kering dengan kotor lagi. hmm. mungkin dia demam kot. tapi sekarang dah okay :) siap tido dalam bilik aku lagi. mengada betul bantal yang aku tido tuu dia naik tido. taknak turun. aku jugak yang tidur takdak bantal. haha.
boringnyaa. hmmm. okay ah layan twitter pulak. hahah. kbye bye. muah :* assalammualaikum .

Sunday, 14 April 2013

new attitude :D

new Sara :) new attitude :) haha. okay sebenarnya aku lupa password blog aku yang lama, bukan password ja tapi sekali dengan email. hmhm. penat jaa aku buat blog tuu. yang lappy pon waktu tuu jugak nak rosak. habis duit aku ja pebaik harituu . blog ni pon aku tak buat elok elok. simple jaa. biar kannn :D
Aku nak storry apa yang jadi kat aku baru baru nii. yeah sampai mati aku ingat tarikh 23.3.2013 hari sabtu masa hari pertama nak cuti sekolah. petang tu mak aku ajak  makan kenduri. dengan berat hati aku peg la dengan mak aku. aku call aida tapi tak jawab pon. takpa, dah siap pa semua aku peg ah naik moto dengan mak aku. lepas makan tu aku balik dengan abah aku. dah balik tukaq baju kurung tuu aku pujuk abah aku nak naik moto. sebab Nurul call aku suruh peg beli topup kat dia. aku call aida suruh dia jumpak tempat biasa and aku peg ambik dia. niat tuu nak peg sat jaa. beli beli tuu nak terus balik laa. tapi ada niat jahat nak peg ronda jauh jauh. haha.
lepas balik dari ronda tuu kami balik rumah laa. pastu cadang nak keluar. aku ajak aida keluar pakai tudung. terniat dihati nak pakai tudung. haha. ronda punya ronda aku balik rumah pulak  buang tudung. peg ronda sekali lagi. pastuuuu last tuu aku jumpak nurul. pastu balik rumah pulak untuk kali yang keberapa. aku tukar baju. abah aku dah larang dah tak bagi keluar sebab nak senja dah. aku ketegaq haa. terus keluar peg reronda kot padang. time tuu aku rasa macam takmau ronda dah then ajak aida balik. masa dalam pejalanan tu, tengah sembang sembang Aida tetiba tegur aku ada lopak ka depan tu. Aku dah langgar dah lopak tuu tapi tayar motor rosak. moto jadi melelong jaa. ingat kan tak jadi apa apa. tengok tengok moto jadi tak tentu arah dahh. Aida jatuh dulu pastu aku pulak, aku terseret sekali dengan moto. sebab tangan aku dok pegang kuat kuat kat moto tuu. masa terseret Allah ja yang tahu. masa terseret tuu mata aku tengok Aida. aku tengok dah aida bangun tapi aku still terseret lagi. jauh gilaa aku terseret. sikit jaa lagi nak masuk sungai.
Aida jatuh sungai belah sana, aku jatuh sungai belah sini. aku dengar orang jerit kata ada orang accident. pastu penuh orang tengok kami. aku bangun bangun tu terus tengok kaki aku, dagu , and gigi aku berdarah. aku tengok kaki aku dah koyakkkk :'( koyak luasss . dagu aku pun koyak. gigi aku berdarah. aku ingatkan sikit jaa. tapi makcik pakcik kat situ suruh call abah aku bawak peg hospital. aku call mak aku cakap nangis nangis. seyes tak boleh cakap. dengan dagu berdarah lagi. Allah hantar kawan abg aku. kebetulan dia lalu kat situ. alhamdulillah. dia peg ambik abang heri aku and then kami balik dengan moto yang accident tuu.
balik balikjaa tengok mak aku tengah nangis. and abang nasek pun sampai. abah, abg nasek and aida terus bawak aku peg hosptal.  peg kecemasan memang macam sial. lambat macam apa lagi. dengan darah menitik. lepas masuk bilik jahit tuu depa bawak peg bilik xray . xray kaki. masa dalam bilik tu mengalir airmata aku haa. bukan sebab sakit. tapi menyesal. hahah. lepas sudah semuatuu masuk ah bilik jahit. mulut geng geng dalam tu memang biadab k. nasib jaa aku takley cakap. haaaa. balik balik tuu penuh orang kat rumah aku haa. haha.. seksanya masa sakit. mandi tuu Allah ja yang tauuu . dah haa .tadi peg tengok tempat accident tuu. haha.




#minah ni luka sikit jaa. errr